Selamat Menonton Himpunan Berita Buletin Utama


Salam sejahtera sahabat bloggers dan pengunjung yang dihormati sekalian,

Di ruangan blog ini, saya mengumpul dan menghimpunkan koleksi bahan-bahan berita yang dipetik daripada Buletin Utama TV3 untuk dijadikan sebagai rujukan berguna kepada semua yang tertinggal laporan berita-berita semasa. Bahan rujukan ini telah mula dikumpulkan sejak penghujung April lalu namun akan cuba dimuatkan segala berita-berita mulai awal tahun 2008 sehingga ke penghujung tahun 2008 dan seterusnya andaikata tiada sebarang halangan. Blog ini telah mula disediakan pada 12 Jun 2008 dengan menyimpan data "kod html" dan mula disiarkan kepada umum pada tarikh 21 Julai 2008 untuk dijadikan berita rujukan.

PEMBERITAHUAN!

Bermula pada 1 Januari 2009 semalam, diperhatikan bahawa TV3 telah merubah wajah flash player kepada yang baru dan ianya sudah tentu melibatkan perubahan pada "kod html" maka berita Buletin Utama 1 Januari 2009 semalam tidak tersiar sepertimana kebiasaannya. Harap maaf di atas masalah ini dan kesulitan amatlah dikesali. Saya telah menghubungi pihak TV3 bagi mendapatkan bantuan dan kerjasama di dalam perkara ini dan masih menunggu maklumbalas dan kerjasama daripada mereka. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan di ruangan ini dari semasa ke semasa.


Apa pun siaran ini tetap bergantung kepada "server TV3". Andaikata siarannya terus ada ataupun tiada, ia adalah tanggungjawab serta hak mutlak pihak TV3 kerana saya sekadar menyediakannya sebagai satu kemudahan rujukan untuk semua. Akhirkata terima kasih kepada pihak TV3 dan semua pengunjung blog ini atas sokongan selama ini.

Sekian, dimaklumkan. Selamat menonton!


Disediakan oleh: PEMUDA PELAPIS


Monday, August 25, 2008

Buletin Utama 25 Ogos 2008

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4


Bahagian 5

No comments: