Salam sejahtera sahabat bloggers dan pengunjung yang dihormati sekalian,
Di ruangan blog ini, saya mengumpul dan menghimpunkan koleksi bahan-bahan berita yang dipetik daripada Buletin Utama TV3 untuk dijadikan sebagai rujukan berguna kepada semua yang tertinggal laporan berita-berita semasa. Bahan rujukan ini telah mula dikumpulkan sejak penghujung April lalu namun akan cuba dimuatkan segala berita-berita mulai awal tahun 2008 sehingga ke penghujung tahun 2008 dan seterusnya andaikata tiada sebarang halangan. Blog ini telah mula disediakan pada 12 Jun 2008 dengan menyimpan data "kod html" dan mula disiarkan kepada umum pada tarikh 21 Julai 2008 untuk dijadikan berita rujukan.
Bermula pada 1 Januari 2009 semalam, diperhatikan bahawa TV3 telah merubah wajah flash player kepada yang baru dan ianya sudah tentu melibatkan perubahan pada "kod html" maka berita Buletin Utama 1 Januari 2009 semalam tidak tersiar sepertimana kebiasaannya. Harap maaf di atas masalah ini dan kesulitan amatlah dikesali. Saya telah menghubungi pihak TV3 bagi mendapatkan bantuan dan kerjasama di dalam perkara ini dan masih menunggu maklumbalas dan kerjasama daripada mereka. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan di ruangan ini dari semasa ke semasa.Apa pun siaran ini tetap bergantung kepada "server TV3". Andaikata siarannya terus ada ataupun tiada, ia adalah tanggungjawab serta hak mutlak pihak TV3 kerana saya sekadar menyediakannya sebagai satu kemudahan rujukan untuk semua. Akhirkata terima kasih kepada pihak TV3 dan semua pengunjung blog ini atas sokongan selama ini.Sekian, dimaklumkan. Selamat menonton!
Disediakan oleh:
PEMUDA PELAPIS
2 comments:
Terima kasih saudara.
Ia akan memudahkan ramai blogger dan pembaca.
Sama-sama...
Semoga bahan rujukan berita TV di blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua pengunjung yang mahu merujuk berita-berita terkini dan berita-berita lalu yang ketinggalan. Namun ada juga yang konar baring 360 degree kononnya ini semua berita arus perdana milik Kalimullah dan dikongkong kerajaan pemerintah dan sebagainya.
Untuk persoalan bodoh itu, jawapannya mudah saja. Kalau rasa suka nak tonton dan rujuk maka tengok sajalah. Kalau rasa tak suka atau jengkel maka pergilah main jauh-jauh tak perlulah masuk sini untuk tonton dan rujuk. Pi mai pi mai tang tu jugak. Cakap saja lebih tapi ada jugak yang masuk tonton dan rujuk sebab itu saya kata mereka ni dah main konar 360 degree berpusing tapi akhirnya masuk jugak ke sini nak menonton dan mencari bahan-bahan berita lama yang tertinggal.
Sebab itu... lain kali biar bercakap serupa bikin. Blog ini dah dimaklumkan sebagai rujukan berita TV3 dan tidak disebut pun suruh percaya atau tidak percaya. Itu soal hak masing-masing. Bagi manusia yang rasional, dia akan rujuk apa-apa saja berita baik di pihak kerajaan atau pun di pihak pembangkang maka barulah boleh buat satu konklusi yang terbaik dan bernas. Bercakap dengan mulut tak ada lesen, sesiapa pun boleh bercakap. Saya sendiri pun tak pernah kata saya setuju atau tidak setuju dengan berita-berita arus perdana tapi semua bahan berita saya rujuk baca dan tonton bagi mendapatkan maklumat.
Oleh itu kepada mereka yang terasa tu, lain kali sebelum bercakap, bersoal atau mengeluarkan sebarang kenyataan, fikir dulu guna kepala otak dan bukan main guna kepala lutut. Harap maklum!
Post a Comment