Selamat Menonton Himpunan Berita Buletin Utama


Salam sejahtera sahabat bloggers dan pengunjung yang dihormati sekalian,

Di ruangan blog ini, saya mengumpul dan menghimpunkan koleksi bahan-bahan berita yang dipetik daripada Buletin Utama TV3 untuk dijadikan sebagai rujukan berguna kepada semua yang tertinggal laporan berita-berita semasa. Bahan rujukan ini telah mula dikumpulkan sejak penghujung April lalu namun akan cuba dimuatkan segala berita-berita mulai awal tahun 2008 sehingga ke penghujung tahun 2008 dan seterusnya andaikata tiada sebarang halangan. Blog ini telah mula disediakan pada 12 Jun 2008 dengan menyimpan data "kod html" dan mula disiarkan kepada umum pada tarikh 21 Julai 2008 untuk dijadikan berita rujukan.

PEMBERITAHUAN!

Bermula pada 1 Januari 2009 semalam, diperhatikan bahawa TV3 telah merubah wajah flash player kepada yang baru dan ianya sudah tentu melibatkan perubahan pada "kod html" maka berita Buletin Utama 1 Januari 2009 semalam tidak tersiar sepertimana kebiasaannya. Harap maaf di atas masalah ini dan kesulitan amatlah dikesali. Saya telah menghubungi pihak TV3 bagi mendapatkan bantuan dan kerjasama di dalam perkara ini dan masih menunggu maklumbalas dan kerjasama daripada mereka. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan di ruangan ini dari semasa ke semasa.


Apa pun siaran ini tetap bergantung kepada "server TV3". Andaikata siarannya terus ada ataupun tiada, ia adalah tanggungjawab serta hak mutlak pihak TV3 kerana saya sekadar menyediakannya sebagai satu kemudahan rujukan untuk semua. Akhirkata terima kasih kepada pihak TV3 dan semua pengunjung blog ini atas sokongan selama ini.

Sekian, dimaklumkan. Selamat menonton!


Disediakan oleh: PEMUDA PELAPIS


Friday, July 25, 2008

Buletin Utama 25 Julai 2008

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4


Bahagian 5

3 comments:

semang said...

Tahniah! Rajin sungguh anda nie....

Pemuda Pelapis said...

Saudara Semang,

Terima kasih. Bukan soal rajin atau malas tapi sekadar berbakti kepada masyarakat dengan apa sahaja yang termampu agar dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat yang berfikiran terbuka. Kenapa saya katakan tentang fikiran terbuka? Kerana ada yang memuji dan ada yang mengeji. Saya tidak minta dipuji dan tidak juga minta dikeji tetapi cukuplah jika pengunjung yang singgah menjenguk dan menonton dapat membuat rujukan untuk bahan-bahan berita yang mereka cari atau yang mahu diperbandingkan dengan lain-lain sumber berita.

Laman rujukan berita TV3 ini adalah laman sukarela yang disediakan untuk orang ramai tanpa sesiapa yang menyuruh, apatah lagi ianya laman percuma yang tidak perlu dibayar. Saya yang menyediakannya tidak dibayar dan pengunjung yang singgah menonton juga tidak perlu membayar. Apa yang saya lakukan adalah atas dasar kebertanggungjawaban terhadap masyarakat yang memerlukan bahan-bahan berita rujukan demi agama, bangsa dan negara. Pun begitu masih ada juga suara-suara sumbang yang sentiasa tidak senang hati dengan hasil usaha orang lain sedangkan di sebaliknya dia sendiri tidak mahu melakukan apa-apa kebajikan untuk masyarakat, selain hanya tahu kondem atau mencerca membuta-tuli. Ketaksuban terhadap berita pilihan diri dia mengatasi kewarasan akal yang mulia.

Syabas kepada anda kerana berfikiran terbuka serta menghargai usaha orang lain. Juga jangan lupa berterima kasih kepada pihak TV3 kerana bahan berita ini adalah hakmilik mereka. Saya sekadar mengadakan rujukan berita terkini dan berita lalu sahaja sebagai satu kemudahan kepada umum.

Sekian dimaklumkan.

Ismail said...

Tahniah dan syabas saudara atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab. Saya setuju dgn apa yg saudara kata. Keep up your good job.