Selamat Menonton Himpunan Berita Buletin Utama


Salam sejahtera sahabat bloggers dan pengunjung yang dihormati sekalian,

Di ruangan blog ini, saya mengumpul dan menghimpunkan koleksi bahan-bahan berita yang dipetik daripada Buletin Utama TV3 untuk dijadikan sebagai rujukan berguna kepada semua yang tertinggal laporan berita-berita semasa. Bahan rujukan ini telah mula dikumpulkan sejak penghujung April lalu namun akan cuba dimuatkan segala berita-berita mulai awal tahun 2008 sehingga ke penghujung tahun 2008 dan seterusnya andaikata tiada sebarang halangan. Blog ini telah mula disediakan pada 12 Jun 2008 dengan menyimpan data "kod html" dan mula disiarkan kepada umum pada tarikh 21 Julai 2008 untuk dijadikan berita rujukan.

PEMBERITAHUAN!

Bermula pada 1 Januari 2009 semalam, diperhatikan bahawa TV3 telah merubah wajah flash player kepada yang baru dan ianya sudah tentu melibatkan perubahan pada "kod html" maka berita Buletin Utama 1 Januari 2009 semalam tidak tersiar sepertimana kebiasaannya. Harap maaf di atas masalah ini dan kesulitan amatlah dikesali. Saya telah menghubungi pihak TV3 bagi mendapatkan bantuan dan kerjasama di dalam perkara ini dan masih menunggu maklumbalas dan kerjasama daripada mereka. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan di ruangan ini dari semasa ke semasa.


Apa pun siaran ini tetap bergantung kepada "server TV3". Andaikata siarannya terus ada ataupun tiada, ia adalah tanggungjawab serta hak mutlak pihak TV3 kerana saya sekadar menyediakannya sebagai satu kemudahan rujukan untuk semua. Akhirkata terima kasih kepada pihak TV3 dan semua pengunjung blog ini atas sokongan selama ini.

Sekian, dimaklumkan. Selamat menonton!


Disediakan oleh: PEMUDA PELAPIS


Monday, July 28, 2008

Buletin Utama 28 Julai 2008

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4


Bahagian 5

2 comments:

kulatlapok said...

salam RUJUKAN BERITA TV3,

SYABAS DAN TAHNIAH, USAHA GIGIH KO NI... RAMAI BLOGGER YANG MENDAPAT MANFAATNYA.. KO NI MEMANG KREATIF TERLAMPAU.. KALAU BOLEH USAHAKAN BERITA DARI LAIN2 KOLEKSI BERITA PULAK..

AKU MEMANG TABIKLAH PADA KO.. SYABAS

Pemuda Pelapis said...

Salam kembali Kulatlapok,

Terima kasih atas sokongan anda serta semua rakan-rakan bloggers. Manfaatkanlah usaha kebajikan ini dengan sebaik-baiknya sebagai rujukan. Tidak kiralah ianya berita arus perdana atau apa ke... Kita perlu rujuk kepada semua sudut berita di dalam menilai sesuatu isu dengan baik.

Hai dah bagi betis mintak peha pulak ke? Bukan tak nak selitkan berita daripada sumber lain tetapi "kod html" depa tak bagi macam mana nak buat? Kalau ada "kod html" cerita-cerita panggung yang best-best pun bolehlah jugak disediakan ruangan wayang percuma di blog-blog pautan.

RUJUKAN BERITA TV3 dan PEMUDA PELAPIS adalah individu yang sama sahaja. Harap maklum!